Wednesday, January 25, 2012

Kalau lah aku tak isi minyak tadi..

#Sebelum baca, TUTUP LAGU !


Assalamualaikum :)

Hujan renyai2 turun pagi Jumaat tu. Macam biasa, aku siap2 nak gerak pergi tempat kerja. Hidupkan enjin kereta, aku ternampak amaran penanda aras minyak petrol dah mula menyala. Yeahh, minyak tkcukup nak gerak pergi kerja. Ah! Aku kira apa. Nak taknak, aku gerak jugak. Tetiba rasa taksedap hati. Fikiran aku jadi tak keruan. Hmmm. Takcukup minyak ni... 

Aku singgah dekat Petronas, isi minyak kejap. Siap isi minyak.. Aku gerak sambung perjalanan. Aku pecut laju-laju so that tak lambat sampai tempat kerja.

Tiba-tiba... dari sayup mata aku, aku ternampak satu objek bergerak-gerak macam beg plastik sampah yang berterbangan ditiup angin kat tengah-tengah jalan raya. Apa tu?! Hati aku tertanya-tanya. 


Pap! 
Satu motor langgar objek yang aku nampak tadi. Objek tu terguling-guling tapi dia cuba bangun balik.. Aku pergi kat objek tu.. Hati aku jadi tak tentu.. Sangat tak keruan.. 


Dada aku berdebar-debar.. Mata aku tak tumpu benda lain.. Mata aku cuma tertumpu kat objek tu je.. Takde benda lain ! Aku dah syak.. Ada benda buruk tengah berlaku kat depan sana..


Yeahhh betul. Objek tadi yang aku nampak tu sebenarnya anak kucing.. Anak kucing yang kecik.. Yang baru lepas dari menyusu mak.. Anak kucing tu mengesot-ngesot bawa diri.. Dia nak selamatkan diri dia dari kene gilis lagi.. Aku yang naik kerete ni pun hampir-hampir nak gilis anak kucing ni. 


Masa kereta aku pass by anak kucing tu.. Aku cukup terharu.. Aku sedih.. Aku sebak.. Aku tengok dengan mata kepala sendiri macam mana si comel ni tabah mengesot badan dia yang kecik tu lintas jalan raya yang sibuk dengan kereta ni :( 


Sepantas kilat aku bukak lampu amaran, aku parking kereta dekat bahu jalan, aku keluar dari kereta, aku berlari nak dapatkan si comel tadi dengan air mata berlinangan, aku menangis.. Aku menangis...! Aku lambai-lambai tangan so that pemandu kereta lain berhenti. Ada yang pentingkan diri sendiri, taknak berhenti.. . Lagi dilanggar si comel tu.. Ya Allah kejam nya diorang..! Diorang tergamak langgar anak kucing yang dah tak terdaya tu.. Tergamak diorang..! 


Masa tu aku dah takde fikir pasal kerja dah. Biar la lambat pun. Aku kira apa..! Yang penting sekarang, aku nak selamatkan si comel yang tengah menderita ni.. Hati aku remuk berkecai.. Hancur.. Aku tak habis-habis salahkan diri aku sendiri.. Kalau lah aku tak isi minyak tadi.. Si comel ni takkan menderita.. Haihhh.. Kalaulah aku tak isi minyak tadi... Motor tadi takkan gilis si comel ni.. 


Air mata aku mencurah-curah dan tanpa aku pedulikan orang sekeliling.. Ada yang bersimpati dan ada juga yang sengih memerli.. Aku letak anak kucing tadi dekat rumput tepi jalan.. Nafas dia naik turun.. naik turun.. hidung and mulut dia keluar darah.. Pilu.. Hiba.. Sedih sungguh.. Sungguh aku tak sangka, pagi tu aku boleh mengalirkan air mata dek kerana seekor anak kucing yang parah.. 


Tanpa berlengah.. aku angkat anak kucing tadi.. perlahan-lahan aku letak dia dalam kereta.. Sepanjang perjalanan.. Hati aku tak tenang.. Aku rasa bersalah sangat.. Aku menyesal sebab berhenti isi minyak tadi.. Haihhhh.. Perjalanan pagi tu aku rasa lama sangat.. Nafas Comel makin lama makin perlahan.. Yeahh.. Aku namakan dia Comel.. Mata Comel memandang tajam ke arah aku.. Aku letak Comel dekat sebelah aku.. Dekat tempat penumpang..


Air mata aku mengalir tanpa berhenti melihat kesakitan yang Comel hadapi.. Anak mata Comel seolah-olah minta simpati.. Kesian.. Kesiannya..! Apa daya aku nak tolong Comel.. Hati kecik aku terus berdoa supaya Comel selamat.. 


Sampai tempat kerja, aku punchcard kejap.. Habis punchcard, terus aku tinggalkan kerja aku.. Demi Comel..! Aku taknak Comel terseksa Ya Allah..


Macam yang aku jangkakan.. Comel makin parah.. Aku sempat lap darah kering kat muka Comel.. Bila aku tekan sikit bahagian rusuk dia, rusuk dia tenggelam sikit.. Haihhh sakitnyaaa... Ye.. bahagian dalaman Comel teruk.. Susah dia nak bernafas.. Remuk bahagian tulang rusuk dia.. Aduhhh..


Aku stay dekat sisi Comel sampai lah ke hembusan nafasnya yang terakhir.. Masa Comel nazak.. Aku peluk Comel.. Aku peluk dia..! Biarlah berdarah sekali pun.. Aku peluk tubuh Comel yang kecil.. Aku berdoa agar Allah percepatkan lah kematian Comel biar dia tak rasa terseksa lagi..  Akhirnya.. Akhirnyaaa.. Comel pergi dalam keadaan yang sangat menyayat hati aku.. Setelah lama bertarung dengan sakit.. Comel pergi.. Comel dah pergi...! Najis dia terkeluar menunjukkan betapa terseksa nyaa sakaratulmaut yang dia tempuhi sendirian...


Air mata aku jatuh lagi.. Jatuh dan menitis ke muka Comel.. Masa tu aku tak fikir langsung pasal kerja.. Biarlah.. Biarlah.. Aku nak menangis sepuas hati aku.. Biarkan aku.. Aku sedih.. hiba.. kecewa.. 


Aku pergi ke stor and aku cari cangkul.. Yeahh aku jumpa.. Aku gagahkan diri menggali tanah.. Aku gali dan gali dan gali.. Walaupun tanah tu keras,, Aku gali jugak.. Perasaan sayang aku pada Comel tak dapat aku bendung lagi.. Aku gali kubur Comel dalam tempoh 1 jam setengah.. Biarlah menitik peluh perempuan aku.. Ditambah dengan cuaca yang terik.. Biarlah..


Perlahan-lahan aku angkat jasad Comel dengan linangan air mata pada hari Jumaat yang mulia tu.. Aku letak Comel perlahan-perlahan ke dalam kubur yang aku gali tadi.. Sebelum dikambus.. Aku tatap muka Comel dengan hati yang berkecai.. Bersemadilah Comel nun di Syurga.. 


Sepanjang hari tu, fikiran aku serabut.. Mata aku bengkak.. Hati aku pulak non-stop berkata, 


"Kalaulah aku tak isi minyak tadi.."




Kucing ni sama macam Comel :')


#Okay bukak la balik lagu tu :)
Kbai.

Total views :)